Aplikasi Facebook Untuk Windows Phone Dikemaskini Dengan Sokongan Memuat-Naik Video

Microsoft hari ini telah menerbitkan aplikasi Facebook baru untuk Windows Phone, yang mana melaluinya ia membawakan pelbagai fungsi baru yang telah diuji dalam bentuk beta sebelum ini.

Melalui aplikasi Facebook baru ini, ia menyertakan sokongan untuk memuat-naik video terus dari peranti mudah-alih, disamping turut hadir dengan sokongan untuk peranti menjalankan Windows Phone 7.5 dan terkini.

Disamping itu, kemaskini ini turut menyertakan sokongan Facebook Messenger, memudahkan pengguna menguruskan permesejan dan chat terus melalui aplikasi sama.

Bagi pengguna Windows Phone, anda boleh mengemaskini aplikasi Facebook anda hari ini dan menikmati pelbagai fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya hari ini.

The post Aplikasi Facebook Untuk Windows Phone Dikemaskini Dengan Sokongan Memuat-Naik Video appeared first on Amanz.

Nota: