Aplikasi Emojli Dilancarkan Untuk iOS – Laman Sosial Menggunakan Emoji Sepenuhnya

Emoji merupakan salah satu bentuk ekspresi yang popular digunakan baik dilaman sosial mahupun pada aplikasi permesejan. Bulan lepas dua orang pembangun telah bersepakat untuk mencipta laman sosial dipanggil Emojli yang  hanya menggunakan emoji sebagai medium dan hari ini aplikasinya telah dilancarkan untuk platform iOS.

Bagi yang tidak mengenali emoji, ia merupakan gambar pada saiz ikon yang sering digunakan bersama-sama mesej teks. Terdapat pelbagai rekaan emoji tersedia pada peranti namun terdapat perbezaan antara sistem operasi. Buat masa ini berkemungkinan aplikasi Emojli hanya dibangunkan untuk iOS berbanding Android bagi menyeragamkan isu emoji berbeza.

emojli-interface

Menggunakannya, pengguna perlu memuat turun aplikasi tersebut dan mendaftarkan akaun. Menariknya identiti pengguna juga haruslah menggunakan emoji. Sepanjang perbualan dengan rakan melalui aplikasi ini, sebarang teks tidak dibenarkan dan kadangkala mesej mungkin tidak dapat disampaikan. Apapun perkara ini secara tidak langsung memungkinkan mesej rahsia dihantar secara terbuka tanpa ada yang mampu memahaminya selain penghantar dan penerima.

Salah satu perkara yang mencabar adalah untuk mencari rakan-rakan kerana anda juga perlu mengetahui emoji yang digunakan. Sebagai tips, mungkin anda boleh menggunakan perumpamaan contohnya Arib Ismail menggunakan emoji ‘Malu-malu kucing’ sebagai identitinya. Paparan antaramukanya juga hanya menggunakan emoji dengan teks yang minima.

Kongsikan identiti anda bersama kami dibawah ini. Selamat ber-emojli.

Nota: