Aplikasi Coursera Dilancarkan Untuk Pengguna Android

CourseraTerdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan pembelajaran dan perkongsian ilmu pengetahuan melalui web dan aplikasi, dan salah satunya adalah Coursera. Terkini, ia dilihat Coursera telah pun menerbitkan aplikasi mereka untuk platform Android – setelah sekian lama memperkenalkannya untuk pengguna iOS.

Bagi yang tidak mengenali Coursera, ia menawarkan kursus dan perkongsian pengetahuan daripada lebih 100 institusi pendidikan, dan pengguna boleh mendaftarkan diri dan melihat pelbagai perkara seperti kuliah, nota dan sebagainya menggunakan perkhidmatan tersebut.

Dengan pengenalan aplikasi untuk Android, ia memudahkan pengguna mengikuti sesuatu topik pilihan mereka dengan mudah, apatah lagi dengan peranti mudah-alih sentiasa diakses pengguna berbanding mengakses sesuatu perkhidmatan melalui web.

Aplikasi yang ditawarkan juga dioptimasikan untuk paparan Android, selain mana penggunaannya juga mudah dan tidak begitu sukar untuk difahami.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri untuk Coursera hari ini, dan mengikuti pelbagai kursus dengan mudah melaluinya.

Layari : Coursera

Nota: