Aplikasi Box Untuk iOS Dikemaskini – Menawarkan 50GB Percuma Untuk Waktu Terhad

Box merupakan salah satu perkhidmatan storan awam, lebih kurang menyerupai Dropbox. Ia sedia digunakan ramai, dan hari ini pembangunnya memperkenalkan kemaskini untuk versi iOS, dimana bersama-sama dengannya ia menyertakan beberapa fungsi baru.

Box iPhone

Melalui kemaskini baru ini, Box membawakan rekabentuk antaramuka yang serba baru termasuk kaedah navigasi pengggunaan yang dikemaskini. Selain daripada itu, ia turut membawakan sokongan melihat dokumen yang pantas terutamanya untuk fail, gambar dan juga video.

Menariknya untuk pengguna iOS, pihak Box menyediakan ruangan percuma sehingga 50GB untuk menggunakan aplikasi baru ini, dan tawaran ini disediakan selama 30 hari bermula hari ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dan mula menggunakannya dalam pengurusan dokumen anda di storan awan.

Nota: