Aplikasi Baru Daripada Pembangun Tempatan – 20 Sifat Allah, Waktu Solat, Kangkung Krush Fiasco

Di Malaysia, terdapat ramai pembangun aplikasi yang sering hadir dengan aplikasi-aplikasi menarik, terutamanya memfokuskan kepada Android dan iOS. Terkini, kami telah menjumpai sebanyak tiga aplikasi baru daripada pembangun tempatan.

20 Sifat Allah

Dibangunkan dan diterbitkan oleh Wired In, dimana mereka pernah hadir dengan beberapa aplikasi yang menggunakan rekabentuk antaramuka yang kemas dan cantik seperti Doa Harian, Telaga Biru dan lain-lain.

Melalui aplikasi 20 Sifat Allah ini, ia membolehkan para pengguna untuk mengenali sifat Allah SWT, disamping pada masa yang sama mengikuti penerangan lanjut mengenai setiap sifat tersebut.

Seperti beberapa aplikasi Wired In sebelum ini, ia hanya ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini.

20 Sifat Allah

Waktu Solat v3

Salah satu aplikasi popular untuk waktu solat di platform Android daripada Awis dilihat telah menerima kemaskini baru-baru ini, dimana melalui versi 3.0 ia menyertakan antaramuka baru untuk aplikasi berkenaan, disamping turut menyokong data di luar talian.

Beberapa perkara baru yang turut ditambah adalah dari segi sokongan lokasi dan juga penambahan sokongan waktu Dhuha.

Waktu Solat

Kangkung Krush Fiasco

Salah satu permainan yang diterbitkan oleh penerbit baru – Weraku. Ia membawakan permainan berbentuk kasual, dimana pemain memainkan empat watak politik tempatan dan memerlukan untuk mengawal watak berkenaan dalam mengumpulkan markah tinggi.

Permainan ini juga dilihat membawakan cara permainan yang berbeza, dimana membawakan tiga tahap berbeza – yang mana disambung main setiap kali pemain tewas di satu tahap. Permainan ini juga memaparkan iklan pada permainan, dan ditawarkan secara percuma untuk pengguna.

Kangkung Krush Fiasco

Nota: