Aplikasi AirAsia Diperkenalkan Untuk Pengguna Windows Phone 8

Selang beberapa minggu selepas pihak Nokia mengumumkan kerjasama dengan pihak AirAsia, kini ia dilihat aplikasi AirAsia telah pun diterbitkan di Windows Phone Store, membolehkan mereka yang menggunakan peranti Lumia memuat-turunnya.

Menggunakan aplikasi AirAsia untuk Windows Phone, pengguna boleh membuat tempahan tiket penerbangan melalui AirAsia, membuat daftar masuk penerbangan, dan beberapa sokongan yang lain. Mungkin kita akan dapat melihat beberapa integrasi lain untuk aplikasi ini dari semasa ke semasa.

AirAsia Windows Phone 8

Bagi mereka yang menggunakan Windows Phone 8, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Windows Phone Store.

Baca juga:  WhatsApp Untuk Android Kini Membolehkan Anda Membayar Untuk Rakan
Nota: