Apakah Perkhidmatan Dan Produk Yang Dirindui Anda Untuk Tahun 2013?

Pada tahun 2013, selain pengenalan pelbagai produk baru, ia juga menyaksikan beberapa perkhidmatan sedia ada ditamatkan, membuatkan beberapa pengguna merinduinya dan mencari alternatif lain untuk mengantikan perkhidmatan yang sedia digunakan mereka.

Google Reader

Google Reader

Salah satu perkhidmatan popular yang ditamatkan pada tahun 2013 adalah Google Reader, iaitu perkhidmatan yang membolehkan pengguna mengikuti kemaskini daripada pelbagai laman melalui penggunaan RSS.

Penamatan perkhidmatan ini memberikan kesan kepada ramai pengguna seluruh dunia, disamping ramai yang beralih ke beberapa alternatif popular – termasuk antaranya adalah Feedly dan juga Digg.

Ubuntu Edge

Ubuntu Edge

Ubuntu Edge bukanlah suatu produk yang telah dilancarkan, tetapi ia telah memulakan pengumpulan dana melalui IndieGogo dan malangnya gagal untuk mencapai sasaran.

Dengan kegagalan tersebut, pihak Canonical dilihat tidak lagi akan meneruskan projek Ubuntu Edge, sebaliknya akan mengeluarkan peranti berasaskan Ubuntu Touch OS dengan kerjasama pihak ketiga.

Ubuntu Edge sebelum ini dirancang untuk hadir dengan dua sistem operasi, disamping boleh dihubungkan ke monitor dan beroperasi seperti sebuah komputer biasa.

Winamp

WinampWinamp merupakan salah satu pemain muzik untuk Windows yang sedia digunakan jutaan pengguna seluruh dunia. Pada tahun 2013 ini, pihak AOL telah mengumumkan akan menamatkan Winamp. Namun, buat masa ini, halaman untuk muat-turun perisiannya masih beroperasi seperti biasa, serta beberapa ura-ura mengatakan AOL dalam perbincangan untuk menjual Winamp kepada pihak lain.

TM Emel

TM Email

Telekom Malaysia pada tahun ini turut mengambil langkah untuk menghentikan penawaran alamat emel untuk pendaftaran akaun baru, disamping pada masa yang sama turut menamatkan perkhidmatan emel mereka kepada pelanggan mereka.

Perkara ini mungkin tidak memberikan kesan yang serius kepada pengguna umum, tetapi disebabkan masih terdapat pengguna yang bergantung kepadanya, maka mungkin mereka perlu menguruskan kembali buku alamat mereka dengan mengubah ke alamat emel yang baru.

Lain-Lain

Pelbagai perkhidmatan lain turut ditamatkan pada tahun ini, dan antaranya adalah;

iGoogleSatu lagi perkhidmatan dari Google yang ditamatkan pada tahun ini, yang mana menawarkan sokongan untuk menambah beberapa widget dan menggunakannya sebagai halaman utama web pengguna.

Hotmail – Microsoft telah menggantikan Hotmail dengan Outlook pada tahun ini. Namun, bagi pengguna sedia ada, mereka masih dapat kekal menggunakan alamat dengan akhiran Hotmail.com pada akaun mereka.

Posterous – Salah satu perkhidmatan blog yang telah diambil-alih oleh Twitter tahun lepas, dan ditamatkan pada tahun ini.

Jolicloud OS – Sistem operasi berasaskan Linux daripada pihak Jolicloud, yang mana antara sistem operasi awal yang hadir dengan integrasi perkhidmatan awan. Kini, pembangunnya dilihat lebih memfokuskan kepada perkhidmatan berasaskan web mereka.

Google+ Games – Google pada tahun ini turut sama telah menamatkan sokongan permainan sosial pada laman Google+ mereka.

Tweetdeck untuk Android & iOS – Tweetdeck yang kini dimiliki oleh Twitter dilihat hanya memfokuskan kepada web dan juga perisian desktop sahaja, apabila menamatkan sokongan untuk peranti mudah-alih pada tahun ini.

Google Latitude – Satu lagi perkhidmatan yang ditamatkan oleh Google pada tahun ini adalah Latitude yang menawarkan sokongan perkongsian lokasi bersama-sama rakan dan ahli keluarga terdekat.


Jadi, bagi anda, apakah perkhidmatan yang dirindui anda untuk tahun ini?

Nota: