Apabila alkohol `jadi raja…'

Utama

izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Pendandan rambut maut ditikam di kawasan letak kereta pusat beli-belah di Jalan Ibrahim Sultan, dekat Stulang Laut, di sini, awal pagi ini.

Mangsa lelaki berusia 20 tahun yang bekerja di Singapura itu disahkan maut oleh kakitangan perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) ketika dirawat di wad kecemasan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata pihaknya dimaklumkan HSA bahawa terdapat lelaki ditikam dan sedang dirawat di wad kecemasan, pada 3.50 pagi.

“Oleh itu, anggota ke hospital untuk menjalankan siasatan lanjut. Hospital kemudian mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan yang dialami, pada 5.50 pagi.

“Terdapat satu tikaman di dada dan satu lagi di perutnya,” katanya.

Berikutan itu, katanya, polis menahan dua lelaki berusia 19 dan 28 tahun yang masing-masing bekerja sebagai tukang paip dan juruteknik penghawa dingin.

Katanya, suspek berusia 28 tahun itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkait dengan kes samun.

Malah, katanya, suspek masih dikehendaki polis mengikut Seksyen 25 (1) (n) Akta Pendaftaran Negara 1959.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kita masih lagi dalam usaha memburu tiga lagi rakan suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian itu adalah berpunca daripada perselisihan faham yang mana mangsa dan suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Image: 
Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Pendandan rambut maut ditikam di kawasan letak kereta pusat beli-belah di Jalan Ibrahim Sultan, dekat Stulang Laut, di sini, awal pagi ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: