Apa Yang Dijangka Diumumkan Oleh Apple Pada Minggu Ini? – iPhone Baru, Apple Watch, iOS10

Apple sering memperkenalkan telefon pintar mereka yang dinantikan ramai sekitar pada bulan September atau Oktober. Untuk tahun 2016 ini, Apple telah menjadualkannya pada 7 September 2016 (waktu tempatan pada awal pagi 8 September), dimana ketika itu, Apple dijangka memperkenalkan iPhone generasi baru yang menjalankan iOS 10 secara terbina, selain kemungkinan untuk Apple Watch.

Jadi, bagi anda yang tertanya-tanya mengenai apakah kemungkinan fungsi baru yang akan dibawakan oleh iPhone generasi baru ini, berikut merupakan beberapa perkara yang dijangka;

  • Menggunakan cip pemprosesan terkini, dan kemaskini untuk A9 sebelum ini.
  • Hadir dalam dua saiz seperti sebelumnya, iaitu 4.7-inci dan 5.5-inci.
  • Menggunakan rekaan yang lebih kurang sama seperti iPhone 6S sebelum ini, tetapi tidak menyertakan garisan antenna pada bahagian belakang.
  • Tidak menyertakan audio-jack.
  • Butang Home yang turut menyertakan sokongan sensor sensitif tekanan.
  • Lensa kamera yang ditambah-baik.
  • iPhone bersaiz 5.5-inci dijangka menyertakan dwi-lensa untuk kamera belakang.
  • Menggunakan sistem operasi iOS 10 secara terbina.

Disamping itu, Apple juga dijangka memperkenalkan Apple Watch generasi baru dengan cip GPS terbina, sokongan pemprosesan dan bateri yang ditambah-baik lagi.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung di Amanz, dan sama-sama tandakan kalendar anda untuk 8 September ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Apple kelak.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: