Antaramuka Nokia “Normandy” Menjalankan Android 4.4 KitKat Tertiris Ke Web

Nokia “Normandy” merupakan sebuah projek dalaman pihak Nokia dalam menguji platform Android pada peranti mereka. Sehingga kini Nokia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaaannya, tetapi pelbagai info berkaitan peranti tersebut telah pun tertiris satu demi satu.

Nokia Normandy Android

Hari ini, hadir daripada @evleaks ialah info berkaitan dengan antaramuka peranti berkenaan. Sebuah gambar dikongsikan menunjukkan rekabentuk antaramuka pada Nokia “Normandy”, termasuk sokongan Skype dan lockscreen.

Nokia Normandy turut hadir pada AnTuTu baru-baru ini, memperlihatkan ia akan menyertakan kamera 5-megapixel, skrin 4-inci dengan resolusi 854×480 pixel, dan menggunakan Android 4.4 KitKat.

Apa yang menjadi tanda tanya sekarang semestinya adakah pihak Nokia akan melancarkannya ataupun ia hanya sekadar prototaip sahaja.

Nota: