Antaramuka LG V30 Diperlihatkan- Hadir Dengan Fungsi Imbasan Wajah, Nyangkungsi Suara Dan Floating Bar

LG V30 akan dilancarkan pada penghujung bulan ini. Rekaannya telah tertiris begitu juga dengan fungsi yang bakal diperkenalkan. LG hari ini berkongsi maklumat mengenai antaramuka baru yang diperkenalkan pada peranti ini. Bermula dengan V30, antaramuka UX 6.0+ akan digunakan bersama fungsi baru iaitu imbasan wajah, nyahkungsi menggunakan suara, Floating Bar dan Graphy.

Seperti Galaxy S8, nyahkunci peranti boleh digunakan menggunakan imbasan wajah. Menurut LG pengguna hanya perlu memegang peranti dan kamera hadapan akan mengimbas wajah. Ia boleh dilakukan walaupun skrin tidak aktif tanpa sebaran butang perlu ditekan. Ini berbeza dengan sistem yang digunakan pada Galaxy S8.

Seterusnya peranti turut boleh dinyahkunci dengan kawalan suara. Peranti akan mendengar kata kunci untuk mengaktifkan sistem nyakunci diikuti pula oleh frasa yang ditetapkan sendiri oleh pengguna. Sekali lagi tiada sebarang butang perlu ditekan bagi menggunakan fungsi ini,

Floating Bar menggantikan fungsi skrin sekunder yang ditemui pada V10 dan V20. Kali ini terdapat tab kecil pada sisi skrin yang apabila ditarik akan terapung pada atas skrin. Ini menyamai fungsi Edge Screen pada peranti Samsung. Pada Floating Bar ini pelbagai pintasan boleh diletakkan oleh pengguna. Fungsi Always on Display kini lebih berguna kerana mampu memaparkan pemain muzik, pintasan pantas dan gambar sekiranya perlu.

Akhir sekali ialah Graphy. Ini ialah fungsi pada aplikasi kamera yang membolehkan gambar diambil menggunakan beberapa profil gambar terpilih. Metadata dari gambar yang digemari diambil bagi melakukan tetapan manual pada kamera. Dengan ini mereka yang mungkin kurang pakar dalam seni fotografi masih boleh secara teori mengambil gambar seperti seorang profesional.

Ini sahaja fungsi yang dikongsi oleh mereka. Kesemua fungsi di atas pada hemat kami membuatkan V30 peranti yang menarik di pasaran tahun ini.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: