Antaramuka Android 7.1 Untuk Google Pixel Tertiris

Tanggal 4 Oktober hadapan Google Pixel dan Pixel XL akan dilancarkan secara rasmi. Peranti ini akan menggunakan Android 7.1 dengan rekaan antaramuka baru. Rekaan ini tertiris semalam dan menunjukkan perubahan yang drastik berbanding Android Marshmallow. Seperti yang dijangkakan tiada lagi talam aplikasi disertakan. Sebaliknya tatalan dari bawah skrin ke atas akan membuka talam aplikasi. Seterusnya terdapat butang khas pada bucu atas sebelah kiri untuk skrin Google Now.

Pada waktu yang sama butang navigasi pada bahagian bawah skrin juga diberikan wajah baru. Kepada yang sudahpun menggunakan pelancar Pixel yang tertiris sejak dua minggu yang lalu, anda pasti dapat melihat elemen yang sama pada antaramuka yang tertiris ini. Adakah anda menyukai rekaan semula antaramuka ini?

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: