Angry Birds Stella – Permainan Akan Datang Daripada Rovio

Lanjutan daripada teaser yang dikongsikan Rovio pada Facebook dan Twitter mereka, kini Rovio telah pun mengumumkan permainan baru mereka yang akan memfokuskan kepada watak Stella, melalui permainan Angry Birds Stella.

Angry Birds Stella

Buat masa ini, mereka hanya sekadar menerbitkan sebuah gambar sahaja memperlihatkan watak-watak dalam permainan berkenaan.

Secara kasarnya, melalui grafik yang dipaparkan, ia membawakan rekaan yang lebih “comel” berbanding Angry Birds asal, berkemungkinan menyasarkan pengguna kanak-kanak ataupun pengguna wanita.

Rovio masih belum berkongsi mengenai jalan cerita dan kaedah permainannya. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak info berkenaan dengan permainan ini dalam minggu-minggu akan datang.

Nota: