Angkara remaja 15 tahun

Mutakhir

Ahmad Ismail

am@hmetro.com.my

 

Segamat: Sukarelawan Polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat cedera dirempuh samseng jalanan ketika membuat sekatan jalan raya sempena Ops Roda Samseng Jalanan di Kilometer 4, Jalan Genuang, di sini, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, Inspektor Lau Kien Wei, 44, retak buku lali kiri, cedera di muka dan tangan kanan selepas dirempuh Honda EX5 ditunggang remaja lelaki 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek dikatakan membuat pusingan U selepas menyedari sekatan jalan raya di depan dalam usaha melarikan diri.

Katanya, anggota Sukarelawan Polis yang turut serta dalam operasi itu cuba menghalang tetapi malang dia dirempuh menyebabkan kedua-duanya terpelanting.

“Remaja berkenaan turut mengalami cedera ringandan kedua-duanya dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati remaja berkenaan tiada lesen memandu selain cukai jalan dan insuran tamat tempoh,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Image: 

Ahmad Ismail

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: