Android “L” Preview Sedia Dimuat-Turun Para Pembangun – Untuk Nexus 5 Dan Nexus 7 (2013 WiFi)

Lanjutan daripada pengenalan semalam, seperti dijanjikan, pihak Google telah pun menerbitkan imej versi pembangunan untuk Android “L”, sekaligus membolehkan para pembangun memuat-turun dan menggunakannya dalam pembangunan aplikasi mereka.

Android “L” Preview membawakan beberapa perkara baru, termasuk dari segi antaramuka, penggunaan sistem ART sepenuhnya dan pelbagai perkara lain.

Bagi para pembangun yang berminat, anda boleh memuat-turun imej yang ditawarkan untuk peranti Nexus 5 dan juga Nexus 7 versi WiFi (2013) ini, dan mencuba sendiri sistem operasi Android akan datang. Seperti biasa, memandangkan ia masih lagi pada versi “Preview”, maka mungkin terdapat beberapa masalah yang masih belum dikenal-pasti buat masa ini.

Android L Preview

Nota: