Android Kini Memegang Lebih 81% Pasaran Telefon Pintar

Pasaran telefon pintar boleh dikatakan salah satu pasaran peranti elektronik yang mempunyai persaingan yang tinggi dari segi jenama pengeluaran dan sebagainya. Namun, dari segi sistem operasi, ia dilihat Android jauh meninggalkan pesaingnya yang lain.

Android Kini Memegang Lebih 81% Pasaran Telefon Pintar

Mengikut data terkini yang dikeluarkan Strategy Analytics, ia diperlihatkan Android kini meliputi 81.3% daripada pegangan pasaran untuk telefon pintar, dan diikuti oleh Apple pada tempat kedua dengan angka 13.4% pegangan pasaran.

Secara keseluruhan, jikalau dibandingkan dengan tahun lepas, Android dan juga Windows Phone dilihat terus menambah pegangan pasaran mereka, sebaliknya Apple dan juga BlackBerry mengalami pengurangan.

Menurut Strategy Analysis juga, pada suku ketiga 2013 yang lepas, sebanyak 251.4 juta peranti telah dikeluarkan secara keseluruhannya.

Baca juga:  Sony Xperia Z2 Akan Ke Malaysia Pada Bulan April 2014
Nota: