Android 4.4.4 KitKat Mula Diperkenalkan Untuk Para Pengguna Nexus

Google baru-baru ini telah mula menawarkan Android 4.4.3 untuk pengguna peranti Nexus, dan hari ini ia dilihat sistem operasi mudah-alih popular tersebut dikemaskini kepada angka versi baru – 4.4.4 (KTU84P).

Kemaskini Android 4.4.4 ini dilihat lebih kepada perkara berkaitan dengan sekuriti. Seperti biasa, pengguna peranti Nexus akan mula menerimanya terlebih dahulu, termasuk Nexus 4, Nexus 5, Nexus 7, dan juga Nexus 10.

Peranti Google Play Edition juga dijangka akan menerimanya tidak lama selepas peranti Nexus. Apa pun, untuk pengguna peranti Android yang lain mungkin perlu menantikan kemaskini perisian hadir daripada pengeluar masing-masing, yang mana biasanya akan mengambil masa sedikit lama berbanding pengenalan rasmi oleh Google.

Nota: