Anda Biasa Gigit Kuku? Ini Cara Atasi Masalah Tersebut

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Anda Biasa Gigit Kuku? Ini Cara Atasi Masalah Tersebut | Sebahagian orang mempunyai kebiasaan gigit kuku yang sukar untuk dihentikan. Suatu kebiasaan yang dilakukan akan membuat ketidakselesaan jika dihentikan. Namun, menggigit-gigit kuku boleh menimbulkan masalah lain, seperti kerosakan kuku sehingga boleh menyebabkan hujung jari berdarah. Kiranya apa cara berkesan untukmenghentikan kebiasaan menggigit kuku?

Rawatan

Jika kebiasaan menggigit kuku cukup ekstrem maka boleh menyebabkan jari berdarah, kehilangan kuku atau kuku mengalami kerosakan kekal. Jika perkara tersebut berlaku, maka sudah tiba masanya untuk dapatkan rawatan. Kebiasaan menggigit kuku (onychophagia) sebenarnya adalah sebahagian daripada sekumpulan perilaku yang termasuk dalam diagnosis gangguan obsesif kompulsif (OCD).
Mencari punca mengapa sering gigit kuku

Mungkin awalnya mula menggigit-gigit kuku satu hari dan terus melakukannya sehingga menjadi kebiasaan. Namun bagi sebahagian orang, ada alasan yang sangat khusus untuk melakukannya, seperti kebosanan, ketakutan, tekanan atau kecemasan.

Mengalihkan perhatian

Setelah menyedari mempunyai kebiasaan menggigit kuku, maka boleh cuba mengalihkan perhatian dengan menyibukkan tangan melakukan tugasan, aktiviti.

Mengoleskan krim atau bahan lain pada kuku

Krim, minyak ataupun pewarna kuku direka untuk menghentikan kebiasaan menggigit kuku. Kerana kebiasaan tersebut biasanya dilakukan tanpa sedar dan boleh berhenti bila anda mendapati ada rasa atau aroma yang tidak enak dari kuku.

Menjaga kuku dengan rapi

Salah satu penyelesaian bagi orang yang mempunyai kebiasaan menggigit kuku adalah dengan cara menjaga kuku secara rapi. Sentiasa ada alatan manicure kit. Cuba untuk melakukan manicure seminggu sekali. Mulakan dengan memotong kuku jika perlu, dan kemudian membersihkan, melicinkan dan mencantikkan kuku.

Menenangkan diri

Sesetengah orang, menggigit kuku dapat menenangkan diri bila menghadapi tekanan ataupun perasaan bimbang. Maka teknik relaks dapat mengurangkan tekanan sekaligus mengatasi dorongan untuk gigit kuku. Terapi ini boleh sangat berkesan dalam mengurangkan tekanan yang mungkin menjadi akar masalah dari kebiasaan menggigit kuku.

Melakukan kebiasaan baru

Melakukan kebiasaan baru dapat membantu menghentikan kebiasaan menggigit kuku. Tentunya kebiasaan baru yang dipih adalah kebiasaan yang baik, misalnya mengunyah gula-gula getah ataupun makan.

Memakai kuku palsu

Anda boleh atasinya dengan cara memakai kuku palsu untuk mencegah tabiat menggigit kuku.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: MusicRecording

Anda Biasa Gigit Kuku? Ini Cara Atasi Masalah Tersebut
Nurul Syarafina

Nota: