Anak jenis apakah ini?

Utama

am@hmetro.com.my

Ampang Jaya: Lelaki 23 tahun bertindak membunuh ibunya, 49, di kediaman mereka yang terletak di Menara Jade, Bukit Indah di sini, kira-kira 3 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata polis menerima panggilan daripada jiran mangsa, pada 3.15 pagi, apabila mendengar bunyi pergelutan di rumah berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis menemui mayat wanita itu dengan beberapa kesan tikaman di ruang tamu berhampiran pintu masuk, namun anak tunggalnya itu tiada di rumah.

“Bagaimanapun, anggota bertugas membuat pemeriksaan di rumah itu dimaklumkan bahawa suspek mengamuk sebelum menyerah diri di Balai Polis Bukit Indah sebelum ditahan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Hamzah berkata, mangsa dikatakan tinggal bersama ibunya di rumah berkenaan sejak 10 tahun lalu.

“Suspek yang positif ganja dan mempunyai rekod dadah berkenaan ditahan di Balai Polis Balai Indah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Image: 
Nurul Hidayah Nordin

Ampang Jaya: Lelaki 23 tahun bertindak membunuh ibunya, 49, di kediaman mereka yang terletak di Menara Jade, Bukit Indah di sini, kira-kira 3 pagi ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: