Anak Beranak Ditemui Mati Dibunuh Di Johor Bahru

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Anak Beranak Ditemui Mati Dibunuh Di Johor Bahru | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi semua. Dalam kegembiraan kemeriahan rakyat Malaysia menyambut tahun baru 2014 di seluruh negara, lain pula ceritanya di Johor Bahru dimana seorang wanita warga emas ditemui maut dibunuh bersama anaknya yang berusia 40 tahun. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari Bernama!

Anak Beranak Ditemui Mati Dibunuh Di Johor Bahru

kes bunuh Anak Beranak Ditemui Mati Dibunuh Di Johor Bahru

Seorang ibu dan anak lelakinya ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman di sebuah bilik tidur di Villa Kipmart di sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ismail Yatim berkata, mayat Patmavathy A.T Samy, 63, dan anaknya, Suba R.Subramaniam, 40, ditemui terbaring di dalam bilik itu oleh keluarga mereka kira-kira pukul 1 pagi.

“Polis yang dimaklumkan tentang kejadian itu telah bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui sebilah pisau dan gunting yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, polis masih menyiasat motif pembunuhan dua beranak tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berikutan itu juga, polis sedang mengesan dua lelaki warga asing yang bekerja dengan keluarga tersebut yang dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian. – Bernama

Dr Fuh – Benarkah seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah rakyat Malaysia bahawa ‘Malaysia MAsih Aman’ kiranya berita sebegini seringkali keluar di dada-dada akhbar? Bincangkan.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Event

Anak Beranak Ditemui Mati Dibunuh Di Johor Bahru
Dr Fuh

Nota: