AMD Mengumumkan Pelancaran Dan Harga Untuk Kad Grafik AMD Radeon RX Vega – Bermula Dari $399

Setelah sekian lama menunggu, pihak AMD akhirnya telah mengumumkan butiran dan tarikh pelancaran untuk kad grafik kelas atasan mereka, AMD Radeon RX Vega untuk pasaran dunia di acara Siggraph 2017 di Los Angeles.

Kad grafik AMD Radeon RX Vega ini hadir dengan dua konfigurasi berbeza dan tiga model yang berbeza. Model asasnya hadir dengan 56 compute unit dan 3584 stream processor, dan hadir dengan kelajuan asas 1156 MHz, dengan kelajuan GPU Boost setinggi 1471 MHz.

Dua lagi model yang berlainan hadir dengan penyejuk udara dan juga cecair yang mempunyai jumlah compute unit dan juga stream processor yang lebih tinggi.

Model kedua ini hadir dengan 64 compute unit dan 4096 stream processor. Siri ini hadir dengan dua jenis model berbeza yang mempunyai nilai kelajuan asas yang berbeza. Radeon RX Vega 64 dengan penyejuk udara hadir dengan kelajuan asas 1247 MHz dan kelajuan GPU Boost 1546 MHz. Model dengan penyejuk cecair pula hadir dengan kelajuan asas 1406 MHz dan GPU Boost 1677 MHz.

Kesemua kad-kad AMD RX Vega ini hadir dengan memori HBM sebanyak 8GB, Menariknya, bergantung kepada model, penggunaan kuasas kad-kad grafik ini dianggarkan bermula dari 210W sehingga 345W, dan menggunakan dua palam kuasa 8-pin PCIe untuk menguasakannya.

Dari segi rekaan pula, kesemua kad-kad ini hadir dengan penutup kad yang berbeza. Kad AMD Radeon RX Vega dengan 56 compute unit hadir dengan penutup yang diperbuat daripada plastik, manakala model-model yang hadir dengan 64 compute unit pula menggunakan penutup yang diperbuat daripada aluminium. Untuk unit dengan penyejuk cecair pula, ia hadir dengan radiator cecair dan kipas bersaiz 120mm.

Bagi mereka yang tertanya-tanya akan prestasi kad grafik ini, pihak AMD dengan gembiranya menyatakan bahawa kad grafik ini boleh digunakan untuk menggerakkan permainan komputer pada resolusi yang lebih tinggi daripada Full HD pada tetapan-tetapan yang tinggi, bergantung kepada judul permainan tersebut.

Ini dapat dilihat dari segi ciri-ciri yang hadir pada kad grafik ini, termasuklah High Bandwidth Cache, dimana kad grafik tersebut boleh menyimpan sejumlah maklumat grafik yang cukup besar supaya masalah seperti texture pop-in dan juga graphic lag dapat dikurangkan. Selain dari itu, ciri yang sedia ada seperti FreeSync juga diperbaiki untuk mengurangkan masalah screen-tearing.

Di acara tersebut, AMD juga mengumumkan tanda harga dan tarikh pelancaran kad-kad grafik AMD RX Vega. Bagi kad grafik AMD Radeon RX Vega yang asas, harganya bermula dari $399, manakala kad grafik RX Vega 64 pula bermula dari $499. Harga untuk RX Vega dengan penyejuk cecair masih belum diumumkan. Kesemua kad-kad grafik ini akan hadir di pasaran dunia pada 14 Ogos kelak.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: