AMD Bakal Berkongsi Lebih Maklumat Berkaitan “Project Discovery” Pada CES 2014

Dengan persaingan dalam arena tablet, kini ia dilihat pihak AMD sedang bersedia untuk mempekenalkan tablet mereka pada CES 2014 yang akan diadakan pada bulan Januari 2014 ini.

AMD Project Discovery

Tablet tersebut dijangka akan memfokuskan kepada sokongan multimedia, dimana turut akan disertakan dengan beberapa aksesori seperti alat kawalan permainan dan sebagainya. Melalui Tweet yang dikongsikan pihak AMD, ia dilihat seperti mereka telah pun sedia memenangi hadiah untuk Anugerah Inovasi CES 2014, walaupun acara tersebut belum diadakan lagi buat masa ini.

AMD Project Discovery

AMD Project Discovery

AMD Project Discovery

Dikenali sebagai “Project Discovery”, pihak AMD dikatakan lebih kepada ingin memperlihatkan konsep yang boleh digunakan bersama-sama cip pemprosesan “Mullins” APU mereka untuk tablet. Cip “Mullins” ini dikatakan akan menggunakan tenaga yang amat sikit (sekitar 2 watt), dan memfokuskan kepada tablet, komputer riba dan juga peranti dua-dalam-satu.

Maklumat penuh berkaitan dengan Project Discovery ini masih sedikit buat masa ini, dan mungkin akan diketahui pada bulan Januari kelak.

Nota: