#AmazonCart Memudahkan Pengguna Menambah Barangan Terus Ke Akaun Dari Twitter

AmazonDengan laman sosial yang berkembang pesat, hari ini salah satu syarikat jualan e-dagang terkemuka, Amazon mengumumkan salah satu fungsi baru dinamakan sebagai #AmazonCart.

#AmazonCart dilihat sebagai salah satu usaha Amazon dalam memudahkan pengguna untuk menambah sesuatu barangan yang ingin dibeli ke akaun mereka, tanpa perlu meninggalkan Twitter.

Melaluinya, sekiranya pengguna melihat sebarang Tweet di garis masa Twitter mereka yang menarik minat, pengguna boleh membalasnya dengan menaip #AmazonCart, dan ia secara automatik akan ditambah ke dalam akaun mereka.

Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu menghubungkan akaun Twitter dan Amazon, sebelum dapat menggunakan fungsi tersebut. Apa pun, ia dilihat hanya diaktifkan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan UK sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui bilakah kita semua dapat menggunakannya.

Jadi, apa pandangan anda terhadap konsep #AmazonCart ini?

Layari : #AmazonCart

Nota: