Amanz x Ramadhan 5 – Menangi Buku Dari PTS

Meneruskan giveaway bersempena bulan Ramadhan ini, untuk hari ini kita mempunyai beberapa buku daripada pihak PTS yang memfokuskan kepada topik-topik berkaitan dengan komputer, teknologi dan juga keusahawanan.

PTS

Bagi yang tidak mengenali PTS, ia merupakan salah sebuah syarikat penerbitan popular di Malaysia yang mana menerbitkan buku dan novel pelbagai genre. Bercakap mengenai perkomputeran dan digital, tajuk yang ditawarkan lebih memfokuskan kepada pemasaran internet, telefon, dan keusahawanan digital.

Untuk giveaway ke-5 ini, kami bersama-sama pihak PTS menawarkan buku bernilai lebih RM50 untuk 10 orang pertama, yang mana akan dipilih secara rawak. Anda hanya perlu meninggalkan komen, “Saya ingin melihat buku daripada PTS memfokuskan topik…” dan seramai 10 orang pemenang rawak akan dipilih.

Seperti beberapa giveaway lepas, giveaway ini dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 3 petang (8 Julai).

Nota: