Amah Bunuh Dua Anak Majikan Sebelum Bunuh Diri

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Amah Bunuh Dua Anak Majikan Sebelum Bunuh Diri | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pembaca sekalian. Semalam kecoh tentang berita kematian dua orang anak kepada majikan dibunuh oleh orang gajinya sendiri. Ikuti berita penuh.

Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dikelar di leher, dipercayai dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh malam tadi.

Pembantu rumah tersebut kemudian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-kanak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.35 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bagi menjalankan pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, pihak polis menjumpai mayat seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Agnes berusia lingkungan 30-an di dalam sebuah bilik.

“Kemudian seorang mayat kanak-kanak berusia setahun enam bulan ditemui dalam sebuah bilik lain sebelum polis menemui mayat seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun di bilik atas rumah dua tingkat tersebut.

“Polis menemukan kesan kelar di leher ketiga-tiga mayat tersebut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Junaidi berkata, pihaknya turut menemukan tiga bilah pisau iaitu dua pisau dapur dan sebilah pisau kecil yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Katanya, suspek sudah bekerja selama setahun setengah di rumah tersebut dan tidak mempunyai masalah sebelum ini.

Menurut beliau, mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bunuh diri. – Sumber

Gambar – MyNewsHub

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Contact form 1

Amah Bunuh Dua Anak Majikan Sebelum Bunuh Diri
Dr Fuh

Nota: