Alienware 13 – Komputer Riba Memfokuskan Gaming Yang Ringan Dan Kecil

Bagi para peminat dunia gaming, mungkin anda sedia mengenali beberapa keluarga komputer riba memfokuskannya, dan salah satunya daripada Dell adalah keluarga Alienware. Terkini, mereka turut dilihat telah memperkenalkan Alienware 13.

Dell Alienware 13

Alienware 13 dilihat memfokuskan kepada saiz yang lebih kecil dan ringan untuk memudahkan pengguna membawanya kemana-mana.

Alienware 13 hadir dengan beberapa pilihan resolusi, termasuk dengan pilihan 2560×1440 pixel untuk skrin sentuh, ataupun pilihan 1366×768 pixel untuk skrin tanpa sokongan sentuhan. Untuk pemprosesan, pengguna boleh memilih daripada penawaran cip pemprosesan Intel Core, disamping turut hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 860M.

Dell Alienware 13

Memandangkan ia memfokuskan gaming, maka masa bertahan baterinya mungkin tidak begitu lama berbanding kebanyakkan komputer riba lain. Namun, pihak Dell dilihat menjanjikan masa penggunaan sehingga 8 jam apabila menonton video menggunakannya. Untuk sistem operasi pula, ia hadir dengan pilihan Windows 7 atau Windows 8.1.

Harga jualan untuk Alienware 13 ini masih belum diumumkan lagi, dan pihak Dell dijangka mula menjualnya sekitar bulan November kelak.

Nota: