Alibaba Dikatakan Dalam Perbincangan Untuk Membeli Bahagian Perisian ZTE

Alibaba dalam perbincangan untuk mengambil alih subsidiari perisian milik syarikat telekomunikasi dari China, ZTE. Pengambil-alihan ini dijangka akan membantu mengukuhkan perniagaan Alibaba dalam arena perniagaan perkomputeran awan pada peringkat global.

Alibaba dikatakan dalam perbincangan untuk mengambil-alih subsidiari milik ZTE ini selama beberapa bulan, dan dikatakan semakin menghampiri persetujuan. Alibaba mungkin membayar sekitar 2 bilion Yuan ke 3 bilion Yuan untuk bahagian perisian yang menyediakan sokongan perisian untuk sejumlah syarikat telekomunikasi seluruh dunia.

Alibaba sendiri dilihat membuat pelaburan yang tinggi dalam arena perkomputeran awan akhir-akhir ini dalam usaha bersaing dengan Amazon dan Microsoft.

Alibaba dan ZTE masing-masing tidak mengeluarkan sebarang komen buat masa ini.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: