Alibaba Dijangka Memperkenalkan Peranti Seumpama Amazon Echo Untuk Pasaran China

Alibaba, syarikat e-dagang terbesar di China yang turut memiliki Lazada, kini dilaporkan bakal memperkenalkan sebuah peranti yang boleh dikawal berasaskan arahan suara seumpama Amazon Echo seawal minggu hadapan, di China.

Alibaba dilaporkan telah membangunkan pembantu maya digital mereka tersendiri dengan sokongan kecerdasan buatan. Melalui peranti ini, ia dijangka akan memudahkan pengguna untuk membuat pembelian daripada laman yang dimiliki Alibaba dengan hanya menggunakan arahan suara. Perkara ini adalah lebih kurang sama seperti apa yang dilaksanakan oleh Amazon melalui Amazon Echo mereka.

Peranti ini disasarkan untuk pasaran China sahaja, dan untuk mereka yang sedia selesa menggunakan platform Alibaba. Dengan pengenalan peranti ini juga, ia mungkin akan meningkatkan pelanggan berulang ke platform Alibaba berbanding hari ini.

Dengan pelaburan Alibaba pada Lazada, tidak mustahil kita melihat perkongsian teknologi dan sebagainya oleh mereka untuk turut hadir dengan sesuatu yang lebih kurang sama. Tetapi ia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk membangunkan kecerdasan buatan dengan sokongan bahasa tempatan – terutamanya di rantau Asia Tenggara yang mempunyai pelbagai jenis bahasa berbeza.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: