Alhamdulillah, dah sampai 

Mutakhir

yusmizal@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Pesara kerajaan, Jaffar Saion, 57 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 4.30 pagi tadi.

Dalam penerbangan yang mengambil masa 8 jam 30 minit dari Sydney itu, dia dipantau sepenuhnya oleh doktor dan pembantu pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sejurus tiba, dia terus dibawa ke HKL untuk menjalani rawatan lanjut dan diletakkan di Unit Rawatan Rapi untuk pengawasan selama 12 jam.

Turut sama dalam penerbangan adalah isterinya Zainon Abdul Rahman, 56, anaknya Zulfadli, 33, dan Setiausaha (Operasi) Biro Kebajikan UMNO Malaysia Abd Khalid Chairul.

Sementara itu, Zulfadli berkata, dia bagi pihak keluarga berterima kasih atas bantuan semua yang membantu sama ada di Australia dan Malaysia.

“Fokus selepas ini ialah untuk ayah menjalani rawatan dan pemulihan. Apapun, lega akhirnya sampai juga ke tanah air,”katanya.

Image: 
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Pesara kerajaan, Jaffar Saion, 57 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 4.30 pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: