Alcatel One Touch Pop Fit – Telefon Pintar Yang Boleh Dipakai Pada Pergelangan Tangan

Selain keluarga peranti Alcatel One Touch Idol 2, pihak Alcatel turut memperkenalkan sebuah lagi variasi telefon pintar, dinamakan sebagai Alcatel One Touch Pop Fit.

Alcatel One Touch Pop Fit

Alcatel One Touch Pop Fit merupakan telefon pintar Android dengan skrin bersaiz 2.8-inci. Ia turut hadir dengan sebuah penyambung gelang tangan, yang mana memudahkan pengguna memasangnya pada pergelangan tangan dan menggunakan ia ketika bersukan dan sebagainya.

Ia hanya sekadar membawakan spesifikasi asas sahaja, iaitu cip pemprosesan dwi-teras 1GHz MediaTek, memori 512MB RAM, dan bateri 1000mAh. Beberapa aplikasi yang disertakan sama adalah RunKeeper dan juga pemain muzik DoubleTwist.

Daripada apa yang dilihat, ia mungkin hanya sesuai untuk digunakan ketika memantau aktiviti kecergasan anda, dan tidak mustahil untuknya mengalami lengah masa ketika digunakan untuk pelbagai perkara lain.

Telefon pintar ini dijangka akan dipasarkan bermula Mei tahun ini.

Nota: