Alcatel Hadir Dengan Keluarga Peranti One Touch Idol 2

Bersempena dengan Mobile World Congress, pihak Alcatel dilihat telah memperkenalkan beberapa telefon pintar baru mereka, termasuk keluarga telefon pintar One Touch Idol 2. Semuanya boleh dikatakan merupakan kemaskini kepada keluarga peranti yang telah diperkenalkan pada tahun lepas.

Alcatel One Touch Idol 2

Alcatel One Touch Idol 2 merupakan telefon pintar 5-inci qHD dengan resolusi 960×540 pixel, kamera 8-megapixel, cip pemprosesan 1.3Ghz empat-teras, dan menggunakan Android 4.2 Jelly Bean. Pihak Alcatel mengatakan mereka akan memperkenalkan Android 4.4 KitKat untuknya tidak lama lagi, dan antaramuka yang hampir menyerupai versi Android asal – tidak seperti sebelumnya.

Alcatel One Touch Idol 2 Mini

Alcatel One Touch Idol 2 Mini pula menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 960×540 pixel, dilengkapi kamera belakang 8-megapixel, dan cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz.

Kedua-duanya hanya menyokong rangkaian 3G sahaja. Variasi dengan sokongan LTE dinamakan “S” turut hadir, iaitu One Touch Idol 2S dan juga One Touch Idol 2 Mini S.

Kedua-duanya dijangka akan dipasarkan sekitar April atau Mei, dan mungkin kita akan melihatnya di Malaysia pada pertengahan tahun kedua 2014 ini.

Nota: