al-Quran jadi tumpuan

Utama

Kuala Lumpur: Umat Islam di seluruh negara membaca al-Quran selama sejam sempena Program World #QuranHour yang diadakan buat julung kali di negara ini, hari ini dan turut disambut di seluruh dunia.

Di Gombak, kira-kira 3,000 umat Islam hadir untuk menyertai program itu di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Program turut dihadiri Penasihat Sosio Budaya Kerajaan yang juga Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

“Berkumpul kita di UIAM menandakan corak kemasyarakatan Islam. Acara ini tak dapat dibandingkan dengan kegiatan lain. Marilah kita bersama-sama terus perkukuh insaniah dan ketepikan perbezaan,” katanya ketika berucap.

Rais memulakan program World #QuranHour dengan bacaan surah al-Fatihah disusuli bacaan surah al-Baqarah oleh Othman.

Di Johor Bahru, kira kira 2,000 umat Islam menyertai program yang berlangsung pada 9 pagi hari ini di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn.

Penganjur yang juga Pengerusi Rumah Ngaji Negeri Johor, Shamsudin Ismail berkata, program berkenaan diadakan bertujuan memupuk budaya pembacaan al Quran dalam kalangan masyarakat terutana generasi muda.

“Kesannya berjaya minat generasi muda supaya mereka cintakan ak Quran kerana pada hari ini kita melihat kurangnya pendekatan seumpamanya.

“Kami selalu menganjurkan program membudayakan al Quran di hospital, penjara dan tenpat umum bagi membolehkan umat Islam menemui keindahan dan mudahnya membaca al Quran.

“Jika tidak diadakan anjakan paradigma (dengan program seumpamanya, siapa lagi yang patut bangkitkan melainkan menjadi tanggungjawab segenap lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui, hari ini.

quranhour
al-Quran
Image: 
Image: 
Siti Fatimah Hassan dan Mohamad Fahd Rahmat

Kuala Lumpur: Umat Islam di seluruh negara membaca al-Quran selama sejam sempena Program World #QuranHour yang diadakan buat julung kali di negara ini, hari ini dan turut disambut di seluruh dunia.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: