Akaun Twitter Wajib ‘Follow’ Yang Membahagiakan

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Akaun Twitter Wajib ‘Follow’ Yang Membahagiakan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rindu sungguh menulis di sini. Maklumlah sejak bergelar pelajar kembali ni selepas bercuti sebulan lebih ni, sibuk dengan urusan dunia yang tiada tanda-tanda berpenghujung.

Twitter. Boleh dikatakan kita semua menggunakan Twitter untuk mengetahui isu perkembangan semasa dan perkembangan para selebriti yang kita minati, tetapi kita semua tahu yang setiap masa ada sahaja Tweet yang buat kita ketawa. Yang pasti, Teacher Muja bukanlah penggemar Twitter, Facebook masih kegemaran tittew. icon razz Akaun Twitter Wajib Follow Yang Membahagiakan

Senarai di bawah sememangnya akaun Twitter wajib ‘Follow‘ yang membahagiakan, yang memberikan kita sebab untuk ketawa dengan terbahak-bahak. Tapi dalam bahasa Inggeris la. Pastikan buka Google Translate kalau kurang arif. Teacher Muja pun tengah buka kamus Oxford ni. -_-

Norman

Norman 258x300 Akaun Twitter Wajib Follow Yang Membahagiakan

Kenali Norman. Dia adalah seorang lelaki berusi 83 tahun dengan minda yang keliru. Dia ingatkan Twitter adalah Google. Norman selalu tweet perkara yang dia cari dan sebahagian tweetnya adalah perkara tidak kita tidak sangka akan buat kita semua gelak sebelum sarapan pagi. Contohnya,”cannister of Olympic pool water for gift” dan “cologne that smells like paper.” Kreatif betul Pak Cik Norman ni.

Jason Sweeney

Jason 255x300 Akaun Twitter Wajib Follow Yang Membahagiakan

Pengguna Tweeter ini mempunyai lebih daripada sejuta pengikut. Pemuda ini bukan sahaja suka menggunakan Twitter dengan sangat kerap, tetapi kebelakangan ini dia juga bagaikan mempunyai akses kepada banyak perkara lucu. Tak kira macam mana teruk sekalipun mood kita, melihat timeline Jason pasti akan sekurang-kurang membuat kita tersenyum. Salah satu Tweetnya adalah, “If anyone needs a life coach, I’m available. Oh, sorry. That’s a typo. I meant life “couch”. You can sit on me until you die.”

Tim Siedell

Tim 256x300 Akaun Twitter Wajib Follow Yang Membahagiakan

Sekarang, lelaki ini sangat popular. Terpampang di majalah Time, hujung minggu NPR dan edisi dan tunggu untuk Huffington Post, kelucuannya tidaklah jenis yang kamu yang akan skrol ke bawah dan gelak. Lelaki ini mempertaruhkan ketawanya.

Lord Voldemort, or He Who Must Not Be Named

Voldy 250x300 Akaun Twitter Wajib Follow Yang Membahagiakan

Siapa lagi yang lebih layak untuk menduduki senarai ini jika bukan watak yang rata-rata kita membencinya. The Dark Lord punya post menggabungkan topik yang terhangat dengan mengaitkannya dengan Harry Potter. Akaun Twitter The Dark Lord pastinya akan mengingatkan kita kembali macam mana terujanya kita semasa menunggukan setiap siri bagi filem Harry Potter. Sungguh ironi apabila watak paling jahat mengingatkan kita pada hero, yang dianggap paling baik.

Big Ben

ben 256x300 Akaun Twitter Wajib Follow Yang Membahagiakan

Ya. Kita takkan tahu kenapa Big Ben ini kita anggap lucu, atau kenapa ayat-ayat dengan perkataan yang sama diulang-ulang sangat melucukan, atau kenapa kita tak boleh berhenti apabila membacanya. Serius, memang kita takkan tahu. Yang kita tahu, secara jujur, segala ayatnya adalah melucukan.

Ternyata, walaupun Twitter selalunya menjadi tempat pergaduhan dan kesinisan antara manusia, ada juga sisi baiknya. Boleh juga buat bahan ketawa. Maka betullah setiap sesuatu ada hikmahnya. Kita sebagai manusia haruslah mengenal pasti akannya dan menggunakannya sebaik-baiknya. Wassalaam.

If you enjoyed this post, you should read this: People

Akaun Twitter Wajib ‘Follow’ Yang Membahagiakan
muja

Nota: