Akal orang muda

Utama

izlaily@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Polis menahan lelaki yang menganjurkan aktiviti perjudian `online’ dalam kontena di Jalan Pantai, Sungai Rengit, di sini, malam tadi.

Serbuan menerusi Ops Dadu pada 10.30 malam itu turut menahan dua pemain iaitu lelaki berusia 39 tahun dan remaja 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, pihaknya bertindak atas maklumat terhadap aktiviti perjudian `online’ yang dijalankan dalam kontena berwarna biru tidak berkunci di kawasan berkenaan.

“Dalam serbuan itu, kita menahan seorang penganjur lelaki berusia 19 tahun dan dua pemain judi yang ketika itu sedang leka berjudi.

“Kita turut merampas monitor, CPU, tetikus, dua modem, tablet, telefon bimbit, meja kayu, tiga kerusi plastik serta wang tunai kira-kira RM7,000,” katanya.

Beliau berkata, semua tangkapan kini ditahan reman empat hari sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Image: 
Izlaily Nurul Ain Hussein

Kota Tinggi: Polis menahan lelaki yang menganjurkan aktiviti perjudian `online’ dalam kontena di Jalan Pantai, Sungai Rengit, di sini, malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: