Ajal motosikal langgar kereta

Mutakhir

 

 

mriduwan@hmetro.com.my

Kulim: Wanita berusia 51 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan kereta di Taman Mutiara Sungai Kob, Karangan Kulim, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.50 pagi itu, mangsa, Khu Zaina Nayan, terperosok di bawah kereta itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan.

Ketua Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim Hi Tech, Pegawai Bomba Kanan II Zabidi Mat Desa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.54 pagi dan tiba di lokasi, jam 7.13 pagi.

Katanya, seramai enam anggota bomba dan pegawai terbabit dalam operasi menyelamat itu.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga Iswara Aeroback dan sebuah motosikal Honda Wave.

“Seorang mangsa, penunggang wanita berusia 51 tahun tersepit di bawah kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh kakitangan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Image: 
Meor Riduwan Meor Ahmad

Kulim: Wanita berusia 51 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan kereta di Taman Mutiara Sungai Kob, Karangan Kulim, di sini, pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: