AirAsia Mengambil-Alih 50% Pegangan Pada Touristly – Laman Perancangan Percutian

Touristly merupakan salah satu laman tempatan yang memfokuskan kepada kemudahan para pengguna membuat perancangan pelancongan sekitar Asia Pasifik. Melaluinya, pengguna boleh memilih ke mana mereka ingin bercuti, dan memilih aktiviti yang ingin dilakukan sepanjang percutian.

Terkini, AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah popular di Malaysia telah pun membuat pembelian pegangan sebanyak 50% pada syarikat Touristly, dan Tony Fernandes akan menyertai ahli lembaga pengarah untuk Touristly. Transaksi pengambil-alihan ini bernilai sekitar RM11.5 juta.

Dengan pelaburan ini, ia melengkapkan lagi portfolio AirAsia, disamping pada masa yang sama membantu Touristly memperluaskan lagi angka pengguna mereka.

Layari : Touristly

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: