Ahli misi WBG disoal siasat Israel

Utama

mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiga belas ahli misi termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan disahkan tiba di pelabuhan Ashdod, 12 malam tadi waktu tempatan (5 pagi, Malaysia).

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, mereka berada dalam keadaan selamat dan sedang menjalani proses soal siasat Israel.

“Mereka dipintas dan ditahan tentera laut Israel ketika berada di kedudukan 42 batu nautika dari pantai Gaza selepas terputus dengan perhubungan dengan kami pada 9.58 malam tadi (waktu Malaysia).

“Israel tidak berhak menghalang Zaytouna-Olive dan tindakan itu jelas mencabuli undang-undang maritim antarabangsa kerana misi ini datang secara aman membawa mesej solidariti ke atas sekatan Gaza tanpa sebarang provokasi dan senjata.

“Kita sedang berusaha melalui semua jaringan termasuk khidmat perundangan profesional antarabangsa secara percuma bagi membebaskan semua ahli misi dan kita tetap berharap selepas dibebaskan seboleh-bolehnya dibenarkan menemui rakyat Palestin di Gaza kerana tidak mahu menghampakan harapan penduduk sana, ” katanya kepada media di ibu pejabat MyCARE di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar, ahli keluarga Dr Fauziah termasuk suaminya Prof Mohd Alauddin Mohd Ali serta ahli misi WBG (kapal Amal-Hope) Norsham Abu Bakar.

Katanya, MyCare dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) melalui jaringan kerjasama antarabangsa turut mendesak Israel membebaskan kesemua ahli misi dan anak kapal Zaytouna-Olive dengan segera supaya dapat meneruskan misi Women’s Boat to Gaza (WBG) seperti perancangan asal.

Menurutnya, sehubungan itu FFC dan MyCARE menggariskan beberapa langkah dan tuntutan bagi mendesak Israel membebaskan semua ahli misi dengan selamat dan perlu menghentikan sekatan ke atas Gaza dengan segera.

“Kami menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan semua forum antarabangsa untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas Israel dan menggunakan semua peruntukan yang ada untuk menjamin keselamatan kesemua ahli misi dan anak kapal Zaytouna-Olive sehingga mereka dibebaskan dan pulang ke negara masing-masing.

“Kami juga menggesa kerajaan Malaysia selaku ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB ( UNSC) untuk membawa usul tergempar mengecam tindakan Israel merampas kapal itu secara haram di perairan antarabangsa.

“Kami juga menyeru semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil dan badan kemanusiaan Malaysia dan dunia bersama mengenakan tekanan kepada Israel melalui penagai inisiatif aman seperti FFC, Boycott Divestment and Sanction (BDS) dan sebagainya sehingga menghentikan sekatan ke atas Gaza,” katanya.

Berita berkaitan:

• Pasti keselamatan Dr Fauziah

• Israel geledah, paksa kapal ke Ashdod

• Ditawan tentera Israel

Image: 
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Tiga belas ahli misi termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan disahkan tiba di pelabuhan Ashdod, 12 malam tadi waktu tempatan (5 pagi, Malaysia).

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: