Aduanku Ingin Memudahkan Aduan Dan Penyelesaian Masalah Setempat

Salah satu masalah yang sering dihadapi para pengguna pada masa kini adalah kesukaran untuk membuat aduan berkenaan hal-hal setempat. Memfokuskan perkara tersebut, salah satu perkhidmatan baru yang hadir daripada SinarProject adalah AduanKu.

Menggunakan laman AduanKu, masalah hal-hal setempat seperti jalan berlubang, masalah lampu jalan, pembuangan sampah merata, kerosakkan harta-benda awam dan sebagainya boleh dilakukan.

Aduanku

Pendaftaran untuk perkhidmatan ini boleh dilakukan menggunakan alamat emel, dan seterusnya pengguna boleh menghantar aduan mahupun mengikuti kemaskini semasa berkaitan kawasan setempat anda.

Aduan pada laman ini diperlihatkan kepada umum, dan status semasanya juga boleh dikemaskini, membolehkan pengguna lain mengetahui sama ada masalah tersebut telah diatasi ataupun sebaliknya.

Aduanku

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan mungkin dengan lebih ramai menggunakan perkhidmatan tersebut ia juga akan menerima perhatian ramai pihak atasan dan sesuatu masalah mungkin diatasi dengan lebih pantas.

Laman AduanKu boleh dikatakan masih pada peringkat pembangunan walaupun boleh digunakan. Bagi pembangun yang turut ingin menyumbang dalam pembangunannya, boleh merujuk ke halaman GitHub rasmi untuk projek ini.

Layari : AduanKu

Nota: