Adobe Ink Dan Slide : Stylus Dan Pembaris Untuk iPad

Kami sudah melakar sejak berumur 5 tahun. Senjata kami ketika melakar ialah pensel mekanikal dan sebuah pembaris besi yang kerap kali “dipinjam” cikgu untuk memukul telapak tangan apabila kami nakal di dalam kelas. Pembaris besi yang sama juga dijadikan alat muzik ketika bosan di dalam kelas. Semasa kami di kolej kami membeli sebuah Wacom untuk melukis secara digital. Tetapi perasaan melakar pada Wacom tidak sama seperti melukis di atas kertas. Garisan lurus yang cuba dilakar kerap kali herot berot dan fungsi garis lurus pada Photoshop terasa tidak natural ketika digunakan.

Adobe Ink dan Slide ialah sepasang stylus dan pembaris aluminium yang direka khas untuk kegunaan melakar di atas tablet iPad. Adobe bergabung dengan firma rekaan Ammunition yang sebelum ini terkenal dengan rekaan fon telinga Beats. Ink adalah stylus khas dikatakan dapat memberikan kebebasan melakar secara digital tetapi dengan keselesaan seperti melakar di atas kertas. Slide pula ialah pembaris digital yang memudahkan lakaran garis lurus di atas skrin iPad. Seiiring dengan dua alatan melukis ini, aplikasi Adobe Sketch juga dilancarkan. Apabila digabungkan dengan Ink dan Slide dikatakan dapat memudahkan kerja lakaran pelan kejuruteraan bangunan ataupun lakaran lukisan.  Ink dan Slide dijual pada harga 200 Dollar sepasang.

3032040-slide-08-mighty-slide

Adakah alayan melukis khas seperti Ink dan Slide bakal menggantikan pensel dan kertas? Kami sudah lama tidak bergelumang dengan dunia penghasilan seni digital. Rasanya harga yang ditetapkan oleh Adobe untuk pensel dan pembaris digital ini agak melampau. Nantikan sahaja versi yang lebih baru yang selalunya akan menjadi lebih murah apabila kian popular.

 

3032040-inline-2014-06-18-092652

Sumber Adobe

 

Nota: