Adakah Xiaomi Akan Turut Menyertai Perlumbaan Telefon Pintar Modular?

Pihak Motorola sedia mengumumkan yang mana mereka sedang membangunkan sebuah projek untuk telefon pintar modular, dinamakan Project Ara. Kini, ia kelihatan Motorola mungkin tidak berseorangan, dan mungkin turut disertai Xiaomi.

Konsep telefon pintar modular telah dipopularkan pada tahun ini melalui video Phonebloks. Melaluinya, ia membawakan konsep dimana pengguna boleh mengubah pelbagai komponen pada telefon pintar seperti “bermain LEGO”.

Magic Cube

Sebagai contoh, sekiranya inginkan kamera yang lebih baik, pengguna hanya perlu mengubah modul kamera, dan menikmatinya tanpa perlu mengubah keseluruhan telefon pintar mereka.

Menurut laporan beberapa laman hari ini, ia dikatakan Xiaomi sedang dalam perbincangan dalaman untuk sama ada turut hadir dengan peranti berupa telefon pintar modular ataupun sebaliknya.

Dikenali sebagai “Magic Cube” buat masa, ia tidak diketahui sama ada akan direalisasikan ataupun sebaliknya.

Apa pun, ia sesuatu yang menarik untuk diketahui yang mana lebih daripada satu syarikat yang sedang mempertimbangkan idea untuk telefon pintar modular ini.

Nota: