Adakah Sony Bakal Berkongsi Mengenai “Gaming Headset” Pada GDC?

Games Developers Conference bakal diadakan pada minggu hadapan, dan ia dilihat pihak Sony menjemput beberapa pihak untuk suatu acara khas memfokuskan kepada masa depan dunia permainan dan juga inovasi daripada mereka.

Pelbagai desas-desus sebelum ini mengatakan pihak Sony sedang membangunkan headset untuk permainan berbentuk realiti-maya, dan berkemungkinan besar mereka akan memperlihatkannya pada acara berkenaan. Beberapa ura-ura sebelum ini turut mengatakan Sony bakal mempertontonkan permainan berbentuk realiti-maya pada E3 tahun ini.

Apa pun, seperti biasa, ia hanya spekulasi awal sahaja, dan berkemungkinan pihak Sony akan memperlihatkan perkara yang berbeza. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Sony pada GDC minggu hadapan.

Nota: