Adakah Sayur Baik Dimasak Atau Dimakan Mentah

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Adakah Sayur Baik Dimasak Atau Dimakan Mentah | Menurut pakar pemakanan Dr Oz, khasiat sayur musnah bergantung kepada cara masakan dan juga proses penyimpanannya. Tak semestinya sayur yang mentah lebih baik daripada di masak. Dan juga yang masak lebih baik daripada mentah. Berikut merupakan fakta mengenai sayur yang elok dimakan mentah ataupun dimasak.

Brokoli – mentah

Sememangnya brokoli dan kobis bunga adalah sayur yang selalunya dimasak namun di dalamnya terdapat enzim myrosinase. Myrosinase membantu melawan kanser perut dan juga ulser. Masak boleh memusnahkan enzim tersebut.

Cili Merah – mentah

Kaya dengan vitamin C. Masak boleh mengakibatkan vitamin C terurai dan musnah dalam masakan.

Tomato – masak

Mengandungi lycopene yang merupakan antioksida. Kajian menunjukkan molekulnya berubah bentuk menjadi lebih berguna apabila dikenakan haba dan ia seeloknya dimasak untuk memudahkan lycopene diserap ke dalam badan.

Bawang – masak

Mengandungi quercetin yang membantu mencegah radang. Ia sangat kaya dalam bawang merah dan kuning berbanding putih. Masak selama 5 minit ke atas boleh mengakibatkan khasiatnya hilang.

Lobak – masak dan mentah

Untuk mengelakkan polyphenol – antioksida melawan kanser dan vitamin C terurai atau musnah ia elok dimakan mentah atau ; Untuk menambahkan pengeluaran Beta Carotena – antioksida yang membantu penyerapan vitamin A (vitamin yang elok untuk mata dan juga penting dalam tumbesaran) seeloknya dimasak.

Teknik masakan terbaik untuk sayur

Kukus Segera

Teknik ini dapat mengekalkan beberapa vitamin contohnya vitamin B dan C yang sememangya mudah larut dan terurai dalam air dan juga vitamin A yang senang terurai dalam minyak. Teknik masakan juga amat penting dalam memastikan pengekalan khasiat kerana amat rugi jika kita tidak mendapat manfaat daripada sayur tersebut hanya kerana kita terlebih masak. – Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Air Terjun Yang Indah Menyerupai Seperti Pokok Krismas

Adakah Sayur Baik Dimasak Atau Dimakan Mentah
Dr Fuh

Nota: