Adakah Kita Akan Melihat Konsol Atari Baru Tidak Lama Lagi?

Atari merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi bagi para peminat permainan – terutamanya yang meminati permainan berbentuk arked dan klasik. Terkini, sebuah video hadir pada laman AtariBox.com, memperlihatkan sebuah produk baru berjenama Atari akan hadir tidak lama lagi.

Secara kasar, ia kelihatan seumpama sebuah konsol atau produk yang serba baru. Video ini hadir selari dengan minggu E3 yang bakal memperlihatkan pelbagai pengumuman baru dalam arena permainan – pada minggu hadapan.

Melalui video berkenaan sendiri, Atari Box ini dikatakan telah dibangunkan sejak beberapa tahun lepas dan merupakan sebuah produk Atari yang baru.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Atari ini. Sementara itu, mungkin anda boleh memainkan permainan Atari dibawah Atari Vault di Steam.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: