Adakah iPad Air Akan Ditawarkan Seawal Esok Di Malaysia?

Syarikat telekomunikasi Malaysia, iaitu Maxis, Celcom dan DiGi, masing-masing telah memulakan promosi awal untuk iPad Air dan iPad Mini Retina. Tetapi tiada sebarang tarikh yang dikongsikan buat masa ini.

SenQ - 5 Disember

Menariknya, melalui salah satu gambar yang dikongsikan oleh SenQ pada Facebook, mereka hadir dengan sebuah kotak misteri, dan menandakannya akan hadir pada 5 Disember.

Tiada sebarang jenama dikongsikan, tetapi ramai membuat spekulasi ia mungkin adalah iPad Mini Retina dan juga iPad Air untuk pasaran tempatan.

Pihak SenQ sendiri berkongsi mengatakan produk misteri berkenaan akan ditawarkan dibeberapa cawangan mereka seluruh negara bermula 5 Disember 2013 ini.

Melalui pertanyaan kami kepada pihak SenQ, mereka tidak mengeluarkan sebarang komen dan mengatakan untuk menantikan pada 5 Disember ini.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat iPad Air dan iPad Mini Retina seawal Khamis ini?

Nota: