Huawei Malaysia hari ini telah menghantar sebuah gambar acah untuk peranti akan datang mereka dibawah siri keluarga Nova. Apa yang menariknya pada gambar acah yang dihantar adalah penggunaan #OOOO bersama dengannya – sekaligus memberikan petanda yang ia mungkin menyertakan sehingga 4 kamera bersama dengannya.
Buat masa ini, terdapat beberapa peranti yang sedia menawarkan empat kamera pada telefon pintar – dua dihadapan dan dua dibelakang. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah Huawei akan mengimplementasikannya sekiranya benar mereka menyertakan empat kamera pada telefon pintar ini.
Sebelum ini, Huawei menggunakan tagar #OO untuk pengenalan dwi-kamera pada siri-P dan Mate. Penggunaan tagar #OOOO sekaligus memberikan petanda yang ia mungkin menyertakan sehingga 4 kamera padanya.
Ia tidak diketahui lagi apakah nama peranti ini, dan adakah ia akan menyertakan empat kamera bersama dengannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai telefon pintar baru daripada Huawei ini tidak lama lagi.