Acer Switch 10 Diperkenalkan Dengan Beberapa Bentuk Penggunaan

Acer, selain memperkenalkan tablet baru, mereka turut hadir dengan sebuah peranti hibrid tablet dan komputer riba, dinamakan sebagai Acer Switch 10. Ia menggunakan sistem operasi Windows, dan turut hadir dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan.

Acer Switch 10

Apa yang menjadi fokus pada Acer Switch 10 ini adalah dimana ia hadir dengan empat mod penggunaan, iaitu sebagai komputer riba, tablet, dan turut digunakan dalam bentuk mod Tent dan Display. Dalam mod Display pengguna boleh terbalikkan skrin – menjadikannya supaya skrin menghadap ke arah bertentangan dengan papan kekunci, sementara dalam mod Tent pula mereka boleh terbalikkan skrin dan mendirikannya seumpama tablet Lenovo Yoga sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan Intel Atom (Bay Trail), skrin bersaiz 10-inci dengan paparan 1366×768 pixel, ruangan storan sehingga 64GB, dan dilengkapi Windows 8.1.

Seperti biasa, harga jualan tempatan dan tarikh pelancaran rasminya tidak diketahui lagi buat masa ini.

Acer Switch 10

Nota: