Acer Melancarkan 3 AIO Baru Dan Sebuah Komputer Riba

Di dalam acara Acer A Touch More Connected pagi tadi Acer turut melancarkan sebuah komputer riba baru dan tiga buah AIO.  AIO yang diperlihatkan ialah Aspire U5-620, Aspire Z3-615 dan Aspire ZC-606 manakala komputer riba yang dilancarkan pula ialah Aspire Es1-511.

Aspire U5-620 ialah AIO yang paling berkuasa yang dilancarkan. Ia diperkasakan pemproses Intel Core i5 4210M (2.6 GHz) , RAM sebesar 8 Gigabyte, muatan dalaman 1 Terabyte dan dilengkapi kad grafik Geforce GTX850M dengan RAM 2 Gigabyte.  Skrin LED sesentuh 23″ digunakan dengan paparan resolusi HD Penuh. Selain daripada itu komputer semua dalam satu ini turut mempunyai sebuah pemacu BluRay, 2 USD 2.0 , 2 USD 3.0, sokongan Bluetooth 4.0 dan kamera 2 Megapixel terbina. Penyangga pada belakang AIO ini boleh dilaraskan sehingga keseluruhan skrin mendatar. Ini membolehkan anda melakar terus pada skrin sekiranya perlu. U5-620 menggunakan sistem operasi Windows 8.1 dan dijual pada harga RM 3499

Acer Switch 10aM1950062

Seterusnya ialah AIO Aspire Z3-615 diperkasakan pemproses Intel Core i34150T (3 GHz). RAM sebesar 4 Gigabyte, muatan dalaman 1 Terabyte. Tidak seperti U5-620 AIO ini tidak dilengkapi kad grafik. Skrin sesentuh 23″ HD Penuh digunakan dengan paparan HD Penuh. Turut disertakan ialah pemacu DVD RW, 3 USB 2.0 , 2 USB 2.0 dan sokongan Bluetooth 4.0. Rekaan U5-620 kelihatan lebih seperti sebuah iMac dengan skrin yang boleh dilaraskan dongakannya ke atas ataupun ke bawah.  Harga jualan ialah RM2399 sebuah.

Acer Switch 10aM1950057AIO terakhir yang dilancarkan ialah Aspire ZC-606 dengan skrin sebesar 19.5″. Resolusi terhad kepada 1600×900 pixel tanpa kemampuan skrin sesentuh. Ia diperkasakan pemproses Intel Celeron 2 GHz, RAM 4 Gigabyte dan muatan dalaman 500 Gigabyte. Ia dilengkapi pemacu optik DVD RW, 3 USB 2.0. 1 USB 3.0dan Bluettoth 4.0.  Harga AIO ini pula ialah RM 1299 sebuah.

Acer Switch 10aM1950046Satu-satunya komputer riba yang dilancarkan pula ialah komputer riba kelas permulaan Aspire ES1-511. Ia mempunyai skrin 15.6″ dengan resolusi 1366×768 pixel. Permproses Celeron 1.83 GHz digunakan. RAM sebesar hanya 2 Gigabyte, dan muatan dalaman pula sebesar 500 Gigabyte. Sebuah pemacu cakera DVD RW disertakan bersama , 2 USB 2.0 dan 1USB 3.0. Komputer riba ini dijual pada harga mampu milik RM999 sebuah.

Aspire_E5-571-531-551-521-511_nontouch_black_glare-sku-main

 

Nota: