Hari ini, pihak Acer Malaysia berkongsi mengenai tablet generasi kedua untuk siri Iconia W mereka, iaitu Acer Iconia W4, dimana akan dijual di Malaysia bermula esok, di PC Fair KLCC dan beberapa pengedar rasmi seluruh negara.
Iconia W4 membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, cip pemprosesan Intel bay Trail 1.8Ghz, kamera hadapan 2-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam untuk melayari web, selain beberapa slot utama seperti mikro-SD, USB 2.0, dan juga mikro-HDMI.
Seperti generasi sebelumnya, Iconia W4 turut hadir dengan Microsoft Office Home 7 Student 2013 terpasang padanya.
Acer Iconia W4-820 ini akan membawakan tanda harga RM1099 di Malaysia, dan bakal mula dijual bermula di PC Fair Kuala Lumpur yang akan diadakan esok.