Acer Iconia Tab 8 Diperkenalkan – Tablet 8-inci, HD Penuh, Intel Atom

Selain daripada pengenalan telefon pintar baru, bersempena dengan Computex, pihak Acer turut hadir dengan sebuah tablet bersaiz 8-inci yang baru daripada mereka, dinamakan sebagai Acer Iconia Tab 8.

Acer Iconia Tab 8

Acer Iconia Tab 8 – seperti pada namanya, menggunakan skrin bersaiz 8-inci dan dilengkapi dengan paparan resolusi HD penuh 1920×1200 pixel. Disamping paparan skrin yang jelas, tablet ini turut menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z3745.

Dari segi fungsi, ia menyertakan pelbagai fungsi baru melalui Android 4.4 KitKat, selain turut dilengkapi Acer Touch WakeApp yang membawakan sokongan mengaktifkan skrin menggunakan gesture.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah termasuk penggunaan memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan ruangan storan yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.

Seperti beberapa telefon pintar lain, tablet ini turut disasarkan untuk pemasaran pada suku ketiga 2014 ini.

Nota: