Kelantan Vs Felda United Piala FA 6 Mei 2014 Separuh Akhir 1

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kelantan Vs Felda United Piala FA 6 Mei 2014 Separuh Akhir 1 | Pada malam ini akan dilangsungkan perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2014 diantara pasukan Kelantan menentang pasukan dari Felda United. Perlawanan Kelantan Vs Felda United Piala FA 6 Mei 2014 ini akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu jam 8.45 malam ini.

Dengan bermain di tempat sendiri pastinya menjadi kelebihan kepada pasukan Kelantan berbanding Felda United. Walaubagaimana pun, prestasi pasukan Kelantan yang agak merosot kebelakangan ini menjadi kerisauan kepada penyokong-penyokong The Red Warriors.

Felda United bukanlah lawan yang mudah dan mampu memberikan kejutan kepada lawan mereka. Pastinya Felda United akan bermain bersungguh-sungguh kerana tidak ingin pulang dengan tengan kosong.

Perlawanan antara Kelantan Vs Felda United Separuh Akhir Pertama Piala FA ini akan disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena 801 dan juga akan disiarkan secara Live Streaming dari beberapa website atau blog.

Admin doakan agar perlawanan pada malam ini berjalan lancar dan tiada insiden pergaduhan atau provokasi akan berlaku anta kedua-dua penyokong pasukan.

Sukan Menyatukan Rakyat. Majulah Sukan Untuk Negara.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Seorang Pemain JDT Dipecat Oleh TMJ Kerana Mencuri Wang

Kelantan Vs Felda United Piala FA 6 Mei 2014 Separuh Akhir 1
Dr Fuh

Nota: